Pembayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Sehingga RM2,300 Diterima Hari Ini

Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula hari ini.

Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jom Semak Tarikh & Kadar Bayaran BPR Fasa 3 & BPR Rayuan Mengikut Kategori

Pembayaran itu akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

  • Penerima BPR Fasa 3 – setiap penerima bakal memperoleh hingga RM1,400
  • BPR Rayuan – Penerima akan menerima bayaran sehingga RM2,300

Selain itu, ia termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

  • Tarikh Pembayaran
    1. Ada Akaun – Bayaran mulai 28 September 2021 secara berperingkat.
    2. Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 28 September 2021

Sebarang pertanyaan boleh merujuk soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi BPR, iaitu bpr.hasil.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayaran BPR Rayuan & BPR Fasa 3 Akan Dikreditkan Terus Ke Akaun Bank Penerima Bermula…

ARTIKEL BERKAITAN: Status Rayuan BPR Boleh Disemak Bermula Esok -Tengku Zafrul

Salma Syahbuddin