Bapa Faizal Tahir & Ashraf Muslim Meninggal Dunia

Bapa kepada penyanyi Faizal Tahir dan penyampai radio, Anas Tahir, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, 71, menghembuskan nafas terakhir di Hospital UiTM Sungai Buloh akibat komplikasi jantung pada jam 3.40 pagi tadi.

Berita pemergian tersebut dikongsikan mereka menerusi laman Instagram masing-masing.

 

“Thank you Allah. Thank you for everything. Thank you abah. We love u so much. Innalillah wainna ilaihi roji’un”

” 5.5.1950 – 28.9.2021.  17 Rejab 1369H – 21 Safar 1443H,” tulisnya.

 

Allahyarham Dr Mohd Tahir merupakan bekas Pensyarah Universiti Malaya dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pertubuhan Humanitarian Care Malaysia (MyCare).

Beliau pernah menjalankan misi ke Gaza, Palestin bersama ALP Mycare dan medan-medan amal yang lain.

Dimaklumkan, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Puncak Alam.

Al-fatihah buat ayah Ashraf Muslim

Dalam pada itu, ayah kepada pelakon, Ashraf Muslim juga dilaporkan menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6.37 pagi tadi.

Berita dikongsi Ashraf menerusi muat naik di laman Instagram dan Instagram Story miliknya.

“Assalamualaikum semua, harini hari yang paling sedih. Ayah dah meninggal kan kami dalam keadaan yang baik dan tenang.

“Mungkin itu yang terbaik untuk dia,  sebab Allah lebih sayangkan ayah daripada kami.

“Saya sebagai anak yang sulong ingin memohon maaf atas segala kesilapan ayah saya yang pernah dilakukan sewaktu dia masih hidup, kalau ada hutang hutang atau pekara yang masih belum diselesaikan boleh hubungi saya.” Tulisnya.

Selain itu, beliau berharap agar semua peminat dan followers mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebahagian Organ Dalam Sudah Rosak”- Ashraf Muslim Mohon Doa, Bapa Kini Terpaksa Ditidurkan 

Salma Syahbuddin