Kerajaan Tangguh Gelembung Pelancongan Ke Pulau Tioman Dan Genting Highlands

Kerajaan menangguhkan gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman dan Genting Highlands yang dilaporkan dibuka pada 1 Oktober ke satu tarikh akan dimaklumkan kelak.

Menurut Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim, ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat, pulau dan kawasan pelancongan serta aktiviti rentas negeri hanya apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

“Bagi pelancong luar yang sudah membuat tempahan, kami minta mereka hubungi pengusaha pelancongan masing-masing untuk tindakan lanjut, sama ada tangguh atau sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan SOP Pulau Tioman di pintu masuk utama Terminal Feri Jeti Teluk Gading (dahulunya Tanjung Gemok) di sini pada Selasa.

Terdahulu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mencadangkan selepas Pulau Langkawi, Kedah, tiga lagi destinasi akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik iaitu Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka.

Sumber : Sinar Harian

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”