Andika Kerispatih Meninggal Dunia Ketika Sedang?

Siapa yang tidak kenal dengan Kumpulan Kerispatih yang pernah popular dengan lagu Bila Rasaku Ini Rasamu. Lagu yang pernah popular sekitar tahun 2012 ini sekaligus masih meniti dibibir setiap peminatnya tidak kiralah di Indonesia mahupun Malaysia.

Namun, apa yang memeranjatkan ialah, pemain bass kumpulan ini iaitu Andika telahpun pergi meninggalkan ahli kumpulannya yang lain. Menurut keterangan ahli keluarga, Andika kerispatih telah meninggal ketika beliau sedang tidur di kediamannya pada hari Selasa, 10 April 2018. 

Terdapat beberapa dakwaan yang mengatakan bahawa, Andika Kerispatih diserang sakit jantung sebelum meninggal dunia. Kerana, menurut ahli keluarga Andika, sebelum ini beliau pernah dikejarkan di hospital kerana mengalami Strok ringan. Walaubagaimana pun, Andika dibenarkan pulang sehari sebelum kematian beliau. 

Andika meninggal dunia ketika berusia 36 tahun dan dikhabarkan meninggal dunia sekitar pukul 9.30 pagi di bilik tidurnya ketika sedang tidur. Namun, Andika diketahui tidak sedarkan diri oleh ibunya ketika sedang menyediakan sarapan. 

Dalam perkembangan lain, Andika atau nama sebenarnya Andika Putrasahadewa ini turut meninggalkan seorang balu dan seorang anak perempuan.

Salma Syahbuddin