Anna Jobling Teruja Muncul Di Muzik Video Rossa, Lakonan Dipuji

Pelakon popular Anna Jobling tampil membuat kejutan apabila muncul di video muzik terbaharu, penyanyi Datuk Seri Rossa iaitu Bertengkar Manis.

Menurut Anna atau sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, dia tidak berfikir panjang apabila disunting untuk menjadi sebahagian daripada karya tersebut.

Tambah Anna, biarpun dia dan Rossa sering bertemu, pelakon drama fenomena Melur Untuk Firdaus ini  tetap teruja kerana ini merupakan kerjasama pertamanya bersama penyanyi asal Indonesia itu.

“Saya dengan Rossa sudah berkawan lama, jadi bila saya ke Jakarta dan Rossa ke Kuala Lumpur, kami tak akan lepaskan peluang untuk berjumpa.

“Jadi, apabila kali pertama ditawarkan untuk muncul dalam video muzik Bertengkar Manis, saya terus bersetuju,” ujar Anna dalam satu kenyataan kepada XTRA.

Video muzik Bertengkar Manis menjalani penggambaran di Jakarta sekitar Ogos lalu.

Dalam pada itu, Rossa turut menjelaskan pemilihan Anna untuk video muziknya itu. Malah memuji lakonan Anna yang bagus.

“Pemilihan Anna untuk video muzik Bertengkar Manis ini seperti yang saya bayangkan kerana perwatakan yang dimiliki Anna.

“Lakonan Anna dalam MV sangat bagus dengan ditunjukkan melalui perasaan yang penuh emosi dan pasti akan membuat penonton lebih mendalami erti di sebalik lagu ini,” kata Rossa.

Video muzik Bertengkar Manis boleh ditonton di saluran YouTube, Rossa Official bermula semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi Lincah Anna Jobling Menari Pukau Peminat – “Tak Sangka Dia Pandai Dance, Slay Girl!”

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Cium Tangan Amir Ahnaf & Anna Jobling Bikin Peminat ‘Panas Hati’ – “Macam Mana Nak ‘Move On’, Dia Main Cium-Cium Pula” 

Khairil Khusyairi