Bella Astillah Dedah Diganggu Peminat Fanatik, Individu Tag Video Lucah Di IG – “Dia Jealous Tengok Saya Dengan Aliff”

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkongsi ada seorang peminat fanatik yang menganggunya sehingga menimbulkan kerisauan terhadapnya.

Menurut Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, peminat tersebut sering menghantar mesej di Instagram (IG) tanpa henti.

Lebih menakutkan, peminat tersebut turut akan hadir ke acara-acara yang dihadiri isteri kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz ini.

“Risau! Mungkin ada tapi saya tak tahu kalau dia orangnya, sebab dia sentiasa hantar DM pada saya tanpa henti, Aliff pun tahu fasal perkara ini.

“Kalau saya pergi majlis atau acara, dia juga akan datang, dia akan beli Laksa yang saya jual, dia muat naik gambar dan dia letak nama saya dekat dia.

“Mula-mula ingat macam biasa saja tapi lama kelamaan, bila dia reply IG Story saya seperti ‘Jealous la bila tengok awak dengan Aliff’. Saya takut,” dedah Bella dalam temu bual bersama program hiburan popular TV3, Melodi.

Bukan sekadar itu, Bella turut terkejut apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab menanda atau ‘tag’ video tidak senonoh di IG miliknya.

“Saya terkejut sangat bila nampak ada video lucah sesiapa entah yang di’tag’ kepada IG saya.

“Saya minta sesiapa yang buat sebegitu jangan buat lagi benda tak senonoh. Stop it okay, sebab benda itu tak sesuai,” pintanya.

Tambah pelantun lagu Tenang ini, dia tidak bercadang untuk mengambil pengawal peribadi sebaliknya akan sentiasa membawa orang yang dipercayai bersamanya ke mana-mana.

“Bodyguard tak ada, sebab dia tak adalah sampai fizikal saya, nak pegang ke, tiada. Cuma saya akan bawa orang bersama saya. Tak kisahlah, make-up artist ke, kawan baik ke.

“Bukan apa, nak mengelak fitnah. Kita tak tahu kalau saya memandu seorang diri, ada orang ikut ke apa ke. Saya kena lebih berhati-hati,” ujarnya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini turut berharap individu yang sering menganggunya itu menghormati privasi dan rumah tangganya dan Aliff.

“Siapa pun awak. I wish you all the best. Kita kena ada limit. Takut juga.

“Saya tak tahu siapa awak, saya minta maaf untuk berkata begini tapi saya harap awak dapat hormat rumah tangga saya. Terima kasih sebab minat dan sokong saya. Terima kasih,” harapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Takut Untuk Cakap Fasal Penceraian” – Bella Astillah Tawakkal, Doa Rumah Tangga Dilindungi

ARTIKEL BERKAITAN: #ThrowbackXTRA: Lalui Asam Garam Berumah Tangga, Aliff Aziz & Bella Astillah Bongkar Rahsia Kekal Bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Jaga Batas Sebagai Isteri, Bella Astillah Minta Pelakon Lelaki Muda Panggil Kakak

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Seperti Angau ‘Video Call’ Dengan Refal Hady Guna Filter, Reaksi Aliff Aziz Curi Perhatian

Khairil Khusyairi