Pernah Didakwa Mabuk, Syasya Dolla Mohon Netizen Tunjuk Bukti -“Buktikan Saya Pegang minuman Keras!”

Sebelum ini ahli kumpulan Dolla, Syasya pernah terpalit dengan dakwaan bahawa dia berkelakuan tidak profesional dan mengambil minuman keras sewaktu menghadiri konsert penyanyi antarabangsa baru-baru ini.

Bagaimanpun, tidak berdiam diri dengan tuduhan yang diterima, Syasya atau nama penuhnya, Noorsyasya Afiqah Sharizal, 22, sekali lagi tampil memperjelaskan keadaan sebenar berhubung kontroversi tersebut.

Menurutnya, video tular itu merupakan video lama yang dimuat naik semula oleh peminat, malah tajuk yang digunakan juga sangat tersasar apabila hantaran tersebut mengatakan  ‘Syasya Dolla Kantoi Mabuk’.

“Mana bukti nak tuduh saya?video tu pun tak menunjukkan saya pegang botol minuman keras,” katanya.

Tegasnya, sebagai seorang artis yang dikenali ramai, dia tidak tergamak untuk melakukan perbuatan negatif tersebut sebaliknya masih berpegang pada ajaran agama.

“Anda tak nampak saya pegang botol arak,iak semua dipaparkan di laman sosial boleh dipercayai 100 peratus.

“Lagipun saya cari rezeki yang halal. Saya takkan mempermainkan agama dan kepercayaan keluarga saya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Mabuk & Bersikap Tidak Profesional, Syasya Dolla Tampil Beri Penjelasan – “Memang Ada Hidangkan Alkohol…”

ARTIKEL BERKAITAN:Terima Nasihat Nenek Dengan Hati Terbuka, Syasya Dolla Enggan Hipokrit – “Saya Tak Mahu Berpura Jadi Orang Lain”

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

 

Sumber: Berita Harian

Salma Syahbuddin