Filem Lakonan Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Seindah Kasih The Movie’ Raih Kemenangan Di Asian Academy Creative Award 2023!

Filem bergenre komedi romantik yang ditayangkan kepada penonton pada 12 April lalu berjudul ‘Seindah Kasih The Movie’ telah meraih kemenangan di Asian Academy Creative Award 2023 bagi kategori Best Single Drama, Telemovie Or Anthology Episode Region Malaysia.

Berita gembira itu telah dikongsikan menerusi hantaran terkini di Instagram rasmi Tonton dan Drama Sangat pada Jumaat.

 

Menariknya, filem yang menggandingkan lakonan hebat pelakon popular, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz, Siti Saleha dan Shasha Abedul ini merupakan filem yang diterbitkan bagi menyemarakkan kempen Seindah Kasih yang dilancarkan pihak Media Prima Berhad (MPB) sejak 12 Mac 2023.

Seindah Kasih The Movie yang dikategorikan Filem Tonton Original ini turut diarahkan pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha.

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan enam pengamal media MPB daripada bidang kerja berlainan yang mencari jalan untuk mengharungi cabaran, kesibukan dan kemelut mereka menghadapi dugaan sepanjang bekerja pada bulan ramadan.

Sekadar info, bagi mereka yang belum berkesempatan untuk menyaksikan filem Seindah Kasih The Movie, anda bolehlah berbuat demikian dengan menonton dan strim semula di platform Tonton di  www.tonton.com.my sekarang!

Salma Syahbuddin