Categories: Hiburan

Anzalna Nasir Masuk Hospital Gara-Gara Jatuh Tandas, Alami Kecederaan Pada Bahagian Leher

Pelakon Anzalna Nasir kini dirawat di sebuah hospital swasta selepas mengalami kecederaan di bahagian leher akibat jatuh tandas, Sabtu lalu.

Memetik laporan Kosmo! Online, Anzalna turut menyatakan dia sudah melakukan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) untuk pemeriksaan kesihatan lebih menyeluruh.

Malah, pelakon jelita itu sempat meminta orang ramai untuk mendoakannya agar cepat sembuh.

“Jatuh di tandas pada Sabtu lalu dan nasib baik suami juga ada di rumah ketika itu. Sekarang terlantar di hospital kerana kecederaan bahagian leher.

“Saya sudah lakukan ujian MRI tetapi keputusannya belum keluar lagi. Apapun doakan saya cepat sembuh daripada kesakitan ini,” katanya.

Terdahulu, Anzalna tampil berkongsi detik cemas ketika dirinya berada di atas kerusi roda di sebuah hospital swasta menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Anzalna turut meluahkan rasa rindunya pada kedua-dua anak lelakinya, Eidrees dan Emirhan kerana tidak boleh berjauhan dari mereka

ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna Nasir Masuk Hospital, Luah Rasa Rindu Pada Anak-Anak – “I Am A Mum Struggling With Separation Anxiety”

Sumber: Kosmo! Online

Fatin Nurain