Categories: EventsHiburan

Apa Jadi Bila ‘Lawak Kampus’ Bertemu BoBoiBoy Galaxy?

Apa akan terjadi bila pasukan ‘Lawak Kampus’ bertemu ‘BoBoiBoy Galaxy’? Huru hara dibuatnya apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang perlu BoBoiBoy dan rakan-rakan lakukan?

Nah, semuanya akan terjawab dalam komik edisi istimewa ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior’.

Kolaborasi antara Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd terjalin bersempena meraikan ulangtahun ke 15 ‘ Lawak Kampus’!

Dua nama yang tidak asing dalam dunia animasi tempatan berharap kerjasama menerusi komik edisi terhad ini bakal memenuhi ‘selera’ penggemar Lawak Kampus dan peminat Boboiboy.

Majlis pelancaran komik edisi terhad ini telah diadakan di Atria Shopping Gallery yang turut dihadiri CEO Kadokawa Gempak Starz, Chris Yew, artis komik Lawak Kampus, Keith Chong, CEO Animonsta Studios, Nizam Razak dan Ketua Pegawai Kandungan Animonsta Studios, Anas Abdul Aziz.

Tunggu apa lagi, pesanan awal untuk mendapatkan komik ini boleh dilakukan bermula hari ini. Bukan itu saja, peminat terawal akan menerima hadiah eksklusif dan berpeluang mendapat autograf artis komik. Berharga RM 25 sahaja, komik tersedia dalam bahasa Melayu yang hanya dijual eksklusif di kedai buku Popular bermula 31 Ogos 2018 nanti.

Jom support ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior’!

SGMS Faida