Apa Kes Boy Iman Peluk Erat Bini Orang?

Pelakon dan penerbit penuh kontroversi ini nampaknya sekali lagi mengundang padah apabila menjadi mangsa serangan komen-komen pedas netizen apabila memuat naik gambar beliau sambil memeluk erat penyanyi Ser Ser Ser, Ifa Raziah baru-baru ini.

Boy Iman, memuat naik gambar tersebut dilaman instagram miliknya semalam, apabila hadir pada satu acara yang dihoskan sendiri oleh penyanyi itu.

Gambar kontroversi itu sekaligus membuatkan netizen mempersoalkan dimana agaknya letaknya “halal gap” diantara mereka, apatah lagi kedua-duanya merupakan suami dan isteri orang.
Haih! Apapun, diharap artis kita lebih sensitif terhadap isu sebegini. Kontroversi sebegini bukanlah kali pertama terjadi dikalangan artis Malaysia. Dan, artis juga kenalah memainkan peranan serta bijak dalam memuat naik gambar di media sosial masing-masing sebelum dihentam netizen.
Salma Syahbuddin