#tontonRaisha2 : Mawar Rashid Tak Berhenti Berlakon Selagi…

Sejak dari usia 15 tahun. Pelakon Mawar Rashid sudah mula berdikari dengan mencari duit sendiri. Demi meringankan beban ibu, pelakon berusia 23 tahun ini pernah menjual bedak. Bagus Mawar, sudahlah cantik, pandai cari duit sendiri pula tu!

Umum sudah tahu, Mawar Rashid juga telah mendirikan rumah tangga bersama usahawan dan pelakon Raden Ahmad Faizal Datuk Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob pada November tahun lepas.

Mungkin segelintir menganggap biarpun sudah berkahwin dengan lelaki yang mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya, itu tak bermakna Mawar hanya duduk di rumah bersahaja.

“ Saya akan berlakon sampai bila-bila asalkan watak itu tak keterlaluan dan tak melampaui batas. Saya sedar status sebagai seorang isteri harus dijaga.

“ Sejak berkahwin, saya sudah menetapkan tiada lagi babak sentuhan dalam lakonan, itu syarat utama.” kata Mawar kepada xtra.com.

Dalam pada itu, Mawar juga bersedia untuk membawakan watak jahat dengan syarat tiada adegan sentuhan.

“ Baik karakter jahat atau penggoda, saya okay. Tapi itu yang saya tekankan dalam pendirian sebelum menerima sesebuah tawaran,” katanya tersenyum.

Mawar yang ditemui di studio Serindit, Sri Rampai bagi sesi photoshoot drama Raisha 2 juga memberitahu dia kini dalam proses menyelesaikan beberapa babak dalam drama ini.

“ Alhamdulillah, saya ditawarkan watak sebagai Ika, seorang gadis kampung yang lemah lembut.

“ Tak susah bawakan watak ini kerana ia mungkin menyerlahkan sisi sebenar saya,” katanya dalam nada bergurau.

Dalam Raisha 2, Mawar membawa watak pelakon tambahan di samping dua pelakon utama, Diana Danielle dan Hafidz Roshdi.

“ Sebelum ini, saya pernah lead dalam beberapa buah drama dan saya tak lihat peranan dalam Raisha 2 seolah down grade kan diri dalam karier lakonan.

“ Saya percaya watak Ika memiliki kekuatannya tersendiri, penonton di Tonton kena tengok tau,” katanya.

Raisha 2 merupakan sambungan kehidupan Raisha selepas berkahwin dengan Fuad. Adakah dia mampu mengikis sifat materialistik yang begitu menebal? Saksikan drama 12 episod ini bermula 10 Oktober di saluran Tonton.

 

SGMS Faida