Featured By: Atiqah Johari March 7, 2023 @ 10:22am

“Apapun Terjadi, Ia Ketentuan Allah SWT” – Puteri Sarah Tenang Hadir Ke Mahkamah

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin,38, akui sudah lama reda apabila ditanya mengenai perasaannya yang bakal berdepan kes perceraian di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.

“Saya sudah lama reda,” kata Sarah.

Malah, memetik laporan Harian Metro, Puteri Sarah berasa lebih tenang apabila dia menerima sokongan daripada keluarga dan keluarga mentua serta berharap dapat membuka lembaran baru dalam hidupnya.

“Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.

“Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT.

“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” jelasnya kepada Harian Metro.

Lagi, Puteri Sarah juga mengakui perasaannya biasa sahaja untuk berjumpa Syamsul pagi ini selepas lebih setahun tidak berjumpa.

“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya,” ujar Puteri Sarah.

Sebelum ini, kecoh mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi Puteri Sarah apabila suaminya, pengarah popular Syamsul Yusof membuat pengakuan telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand.

Susulan itu, Puteri Sarah tekad memfailkan penceraian setelah berdepan kemelut rumah tangga empat tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Susulan Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Dibenarkan Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Ira Kazar & Keluarga

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Mohon Jadi Pencelah Dalam Petisyen Perintah Injunksi Antara Puteri Sarah & Ira Kazar

Artikel Berkaitan: “This Is The Best For Me, Doakan!” – Puteri Sarah Fail Cerai

Artikel Berkaitan: “Segala Kemusnahan Sudah Dilakukan Syamsul” – Hubungan Hampir Temui Titik Noktah, Puteri Sarah Tekad Failkan Perceraian

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Sat, 6 Jul 2019

‘Sekat’ Anak Bukan Cara Ajak Shiro

Ajak Shiro mengaku sebagai bapa, dia tidak pernah menyekat kebebasan anak dalam memilih cita-cita yang bersesuaian dengan jiwa mereka.

Featured Tue, 26 Apr 2022
Trending Tue, 2 Jun 2020
Trending Mon, 4 Jan 2021

LCK 2: Khareez & Nadeera Muncul Juara, Jom Recap Episod Akhir!

Buat korang yang terlepas episod semalam, jom recap sekarang!

Trending Fri, 13 Apr 2018

Khloe Kardashian Selamat Melahirkan Anak Perempuan Tetapi…

Haih, tak sah kalau tak ada drama dalam situasi yang melibatkan keluarga Kardashian ini!

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Tayang Badan Tak Berbaju Di Instagram, Apa Jawab Nubhan?

Nubhan dah padam gambar-gambar tu sebab…

Hiburan Wed, 18 Jul 2018

Selesai Merisik, Qi Razali Cari Tarikh Sesuai Bertunang

Qi juga akui dia cukup teruja untuk ke langkah seterusnya memandangkan dia bukannya muda lagi dan juga mahukan ada anak sendiri.

| Live TV