Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

Seronoknya melihat perkongsian terbaharu instagram pelakon, Amar Baharin yang memuat naik foto dirinya dan anak, Aqeef Anaqi berhampiran dengan makam Rasullullah saw di Masjid Nabawi.  

 

“Assalamualaika yaa Rasullullah..” tulisnya ringkas. 

Keluarga kecil pasangan pelakon, Amar Baharin dan Amyra Rosli ini telah berangkat untuk menunaikan umrah semalam dan kini sudahpun berada di Madinah al Munawwarah.

 

Rata-rata netizen tumpang gembira dan berdoa agar ibadah umrah mereka sekeluarga diterima dan dipermudahkan serta perjalanan mereka pergi dan kembali selamat semuanya.

Rakan-rakan artis seperti Aaron Aziz, Nad Zainal dan Zarina Zainuddin juga tidak ketinggalan untuk mendoakan mereka.

Untunglah Aqeef kerana menjadi ‘tetamu Allah’ dalam usia baru menginjak 2 tahun memandangkan esok 15 Oktober merupakan harijadinya. 

Team Xtra turut  mendoakan agar kalian mendapat umrah yang mabrur dan  Selamat Hari Jadi Aqeef Anaqi!

Del14