Categories: Trending

“Rumah Pemilik Tu Mesti Berhantu”- Kes Bunuh Kerat 8, Polis Temui Dua Bahagian Kepala Mangsa Disembunyikan Di Siling Rumah

Susulan kes pembunuhan mayat Norfazera Bt Bidin, 27 tahun bersama seorang anak lelakinya yang berusia 11 tahun yang dibunuh secara kejam dan dikerat 8 bahagian oleh suaminya sendiri, pihak polis hari ini berjaya menemukan bahagian kepala kedua-dua mangsa di dalam rumahnya sendiri. 

Di awal siasatan, pihak polis berjaya menemukan sebahagian anggota badan mangsa yang dipercayai dibuang ke dalam semak, namun timbul maklumat terbaru yang melaporkan bahawa pihak polis telah berjaya menjumpai bahagian kepala mangsa yang disembunyikan di loteng rumah mereka berdekatan Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka. 

Terdapat desas desus yang mengatakan bahawa penemuan terbaru ini dirahsiakan oleh pihak polis untuk melancarkan siasatan ke atas kes ini. 

Menurut laporan daripada Harian Metro

“Kedua-dua bahagian kepala mangsa ditemukan di atas loteng rumah dua tingkat yang didiami mangsa bersama suaminya.

“Keluarga mangsa juga hadir ke Jabatan Forensik Hospital Melaka, malam kelmarin (Sabtu), untuk pengesahan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Walaubagaimanapun, bahagian pergelangan tangan mangsa masih gagal dijejaki setelah dibuang ke dalam tong sampah, berkemungkinan bahagian tersebut sudah di diangkut oleh pihak pembandaran.

Rumah Pemilik Tu Mesti Berhantu-Netizen

Susulan kejadian ini, rata-rata netizen di sosial media meluahkan rasa kesal dan simpati dengan nasib yang menimpa kedua dua mangsa, namun tak kurang juga yang memberikan komen bahawa rumah yang didiami dan menjadi lokasi utama kes pembunuhan pastinya akan “dihantui”.

sumber: facebook harian metro

Tidak kurang juga ramai netizen yang berpendapat bahawa tindakan suspek yang mengelar dan kemudiannya menyembunyikan bahagian kepala mangsa di siling rumah sendiri adalah suatu tindakan di luar akal fikiran manusia yang waras. 

Terdahulu, mangsa Norfazera Bt Bidin dan anaknya Muhammad Iman Asraf dibunuh secara kejam oleh suaminya sendiri berikutan pertengkaran yang berlaku antara suami isteri tersebut. Kedua-dua mangsa dikerat 8 bahagian dan disembunyikan di beberapa  lokasi tertentu. 

Kami di Xtra mendoakan semoga roh kedua dua mangsa dicucuri rahmat dan semoga keadilan dapat ditegakkan buat mangsa dan kelurga. 

Al-fatihah. 

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”