Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Selepas Justin Bieber mengambil keputusan bertunang selepas sebulan bercinta, kini giliran rakannya pula.

Baru beberapa minggu berkenalan, penyanyi Hollywood, Ariana Grande mengambil keputusan bertunang dengan, Pete Davidson. Wow, pantas betul!

Lebih mengejutkan, pasangan ini dikhabarkan bakal berkahwin dalam masa dua minggu dari sekarang.

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Mereka memilih untuk mendiamkan diri buat sementara waktu namun masa sama, tidak menafikan khabar angin tersebut.

Jika benar khabar yang bertiup kencang ini, ia merupakan keputusan yang mengejut. Rata-rata peminat Ariana mengatakan bahawa khabar angin itu tidak mustahil memandangkan Ariana dan Pete sememangnya suka membuat keputusan mendadak.

Sebelum ini, Arianna pernah bercinta dengan rapper Mac Miller selama dua tahun.

SGMS Faida