Kiriman Bunga Tak Bermakna Bercinta

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) Safawi Rashid pernah dikaitkan dengan pelakon Wany Kayrie dan Sweet Qismina sebelum ini.

Namun baru-baru ini, pemain bola sepak berusia 21 tahun ini dilaporkan mengirim sejambak bunga kepada pelakon jelita, Ruhainies.

Hal ini turut diakui sendiri oleh Ruhainies namun pelakon Hello, Mr Perfect! yang menegaskan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

“ Saya tak terfikir untuk ke fasa seterusnya.

“ Buat masa ini saya hanya memikirkan karier lakonan dan bidang penerbitan yang baru saya terokai,” katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Tegas Ruhainies, kiriman bunga itu tidak bermakna mereka bercinta namun hanya sekadar kawan biasa.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena Munim ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

“Kalau boleh saya nak lelaki yang pendiam, matang dalam berfikir, memahami cara kerja saya dan tidak terlalu mudah bergaul dengan wanita lain,” katanya.

SGMS Faida