Artis Lelaki Baru Kahwin Didakwa Pasang Skandal?

Seorang selebriti popular berstatus suami orang didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang juga seorang ahli perniagaan.

Memetik laporan dari sumber Harian Metro, wanita itu memiliki perusahaan permotoran selain berasal dari keluarga yang berada.

ā€œMinat mereka sama. Keduanya pun kaya, barulah sekufu,ā€ kata sumber berkenaan.

Difahamkan, hubungan cinta mereka itu sudah dihidu warganet apabila ramai yang menulis dan memberi bayangan di ruangan komen bekas isteri selebriti berkenaan.

Malah, selebriti itu juga sering memberikan tanda ā€˜likeā€™ di setiap hantaran yang dimuat naik oleh wanita tersebut.

Sebelum ini, hubungan selebriti popular berkenaan dengan isterinya yang juga anak kepada pelakon veteran masih menjadi bualan hangat netizen apabila ada yang mengatakan isteri selebriti tersebut dikatakan menerima kifarah akibat menjadi punca keruntuhan rumah tangganay sebelum ini.

Malah, isterinya juga sering mendapat kecaman warganet gara-gara tindakannya yang suka mencuri perhatian di media sosial.

Ā 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin