#ASK2018 : Drama Manakah Bakal Menjulang Drama Terbaik 2018?

Kehangatan Majlis berprestij Anugerah Skrin 2018 semakin dirasai, manakah agaknya karya terbaik hasil karyawan tempatanyang bakal dijulang dipentas penuh berprestij nanti?

Bakal bersiaran secara langsung dari jam 9 malam sehingga jam 11.30 malam hanya di TV3, malam penuh berprestij ini bakal mempertaruhkan 24 kategori yang menjadi rebutan dengan 14 kategori drama, 7 kategori filem, dan 3 kategori  penerbitan dalaman. #ASK2018 juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal Youtube TV3 Official Malaysia atau menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my

Jadi, jangan ketinggalan menyaksikan siapakah pelakon dan drama pilihan korang yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pada malam ini okay!

Sumber : Instagram @tv3malaysia

 

Salma Syahbuddin