Categories: HiburanSelebriti

Afgan Kecewa Dengan Kekasih?

Walaupun konsertnya bakal berlangsung esok, namun Afgan sedikit kecewa dengan tindakan kekasih hatinya, Datuk Seri Rossa yang tidak dapat hadir di Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018. 

” Rossa tidak dapat hadir ke konsert saya kerana dia mempunyai persembahan di tempat lain. Dan, perkara itu membuatkan saya agak kecewa dengan dia kerana sebelum ini kami sering hadir untuk memberi sokongan jika dia atau saya mengadakan konsert.

“Namun, konsert itu akan diteruskan dan saya akan menyanyikan sebuah lagu khas untuk keluarga mangasa korban pesawat Lion Air JT 610 baru-baru ini.” Katanya. 

Konsert Dekade Afgan Live In Kuala Lumpur 2018 akan diadakan pada Sabtu ini, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Jadi kepada semua peminat Afgan, jangan lepaskan peluang untuk datang dan berkongsi kegembiraan bersama penyanyi bersuara lunak ini okay!

Salma Syahbuddin