“Astaghfirullah, Gerun Dengar..”- Jawab Soalan Mengenai Munkar & Nakir, Netizen Persoal Diva AA

Pemilik nama Azwan Ali atau Diva AA sememangnya tidak pernah lari daripada kontroversi.

Baru-baru ini, potongan video Azwan menjawab soalan mengenai malaikat munkar dan nakir tular dan telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Difahamkan, Azwan Ali telah hadir sebagai tetamu jemputan di video podcast terbitan stesen radio Singapura OKAYLETSGO.

Ketika ditanya soalan yang dihantar oleh pendengar podcast berbunyi, “Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?” Azwan dengan santai menjawab, “Aku akan ‘sound’ Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu,”.

Jawapan tersebut kemudian disusuli oleh gelak ketawa dua penyampai radio berkenaan.

Tindakan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet yang menyifatkan ianya sebagai keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti agama.

Malah, ramai yang kecewa dengan jawapannya yang secara terang-terangan mempersendakan agama.

Video itu juga turut mendapat perhatian personaliti TV terkenal, Fedtri Yahya yang memuat naik video berkenaan dengan kapsyen kecewa apabila perkara seperti itu dibuat main.

Menerusi komen daripada warganet, ramai yang meminta agar Azwan Ali segera bertaubat dan menjaga tutur kata dalam soal agama.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”