Asyik Ditanya Soalan Sama, Zizan Razak Dah Lali

Bila tiba saja Lebaran, pastinya golongan bujang tidak akan terlepas terima soalan ‘Bila Lagi?’ atau ‘Bila Nak Kahwin Ni?’, betul kan?

Bagi selebriti popular Zizan Razak, dia sudah lali dengan soalan jodoh setiap kali Lebaran tiba.

“ Sebagai seorang selebriti, saya dah sedia dengan soalan-soalan begini.

“ Dah biasa dengan soalan kahwin, paling tidak pun, saya hanya akan tersenyum dan saudara-mara juga sudah memahami serta mereka tidak campur tangan sangat,” katanya.

Terdahulu, Zizan mengumumkan dia bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat setidak-tidaknya pada tahun depan.

“ Ya saya rancang nak kahwin tahun ini atau tahun depan cuma siapa gerangannya, biarlah rahsia dahulu.

“Saya percaya anda semua tahu siapakah orangnya, cuma saya tidak boleh sebut nama dia kerana percaya apa yang berlaku jika tidak mendapat keizinan daripada Allah ia tetap tidak akan berlaku,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zizan juga mengadakan rumah terbuka di kampung halamannya di Terengganu.

“ Ini merupakan salah satu cara menghargai peminat yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada kerjaya seni saya,” katanya.

SGMS Faida