“Asyik Nak Tunjuk Kau Punya Sabar”- Kakak Adira ‘Sound’ Datin Red, Dedah Adira Suhaimi Selalu Kena Buli

Penyanyi yang juga kakak kepada Adira Suhaimi iaitu Emma Suhaimi seakan hilang sabar apabila tampil menegur tindakan isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu iaitu, Datin Seri Sharifah Norshafila atau dikenali sebagai Datin Red supaya berhenti membuli adiknya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story miliknya, Emma berkata ‘orang lain’ yang dimaksudkan oleh Datin Red adalah orang yang banyak membantunya selama ini.

Namun, apabila Adira dipuji suaminya secara terbuka sepanjang 9 tahun tempoh perkahwinan, Datin Red seolah-olah tidak berpuas hati.

“Orang lain yang kau cakap tu yang selalu tolang kau tau. Kau jangan lupa mention la sikit baik orang tu. Asyik nak tunjuk kau punya sabar.

“Orang lain baru je kena puji sikit di media sosial secara terbuka, kau tak boleh? Aku ni dah diam lama tau tengok ORANG LAIN kena buli. Kau cakap dengan aku, yang OANG LAIN kau cakap tu banyak membantu tak pernah mention pun.

“Semalam, orang tu menangis tengok video suaminya pun diam tak tunjuk. Rasa tau kesusahan orang tu.

“Kita tak post suka-suka nak dapat perhatian. Tapi macam cubit peha kiri, peha kanan terasa. Biarlah saya bersuara, jangan buli adik saya okay. Dulu kau boleh gertak dia dengan kata-kata kau sekarang mari sini jumpa saya,” ulasnya.

Dalam pada itu, Emma turut memuat naik sepotong video pendek menerusi Instagram Story miliknya bagi menjelaskan kenyataan tersebut dibuat adalah untuk mempertahankan adiknya.

Salma Syahbuddin