Asyik Putus Cinta, Luna Maya Terfikir Bunuh Diri?

Pernah berdepan episod putus cinta beberapa kali, pelakon dan penyanyi Luna Maya mengaku pernah mencuba untuk bunuh diri.

Luna memberitahu sebagai manusia biasa dia tidak lari dari rasa tertekan seperti orang lain yang melalui fasa sukar.

“Pasti ada terfikir untuk membuat demikian. I mean it’s normal,” ceritanya dari awal.

Luna Maya yang ditemubual oleh pengacara Indonesia, Boy William tidak berselindung menceritakan detik dia berdepan kekecewaan yang mendalam.

“Ini bukan sebab putus asa. Perasaan itu datang kerana sindiran orang-orang yang tidak berfikir sebelum bercakap.

“Waktu itu saya fikir mungkin dengan ketiadaan saya di dunia, mungkin mereka lebih tenang. Lebih baik mati sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini, Luna pernah bercinta dengan penyanyi Ariel NOAH seterusnya usahawan Reino Barack yang mana hubungan mereka terkandas selepas lima tahun terjalin.

Namun begitu, Luna sedar bahawa semua itu tindakan yang salah dan dia enggan fokus dengan kata kata negatif yang dilemparkan.

Itu dulu ya, hanya perasaan yang datang ‘sekilas’ sahaja. Tak apalah Luna, ada ramai lagi lelaki yang baik di dunia ini boleh menjadi pendamping hidup mu.

Kita doakan agar Luna Maya bertemu dengan pria impiannya tidak lama lagi!

SGMS Faida