Categories: HiburanSelebriti

Persediaan Kahwin, Atikah Suhaime Tak Gugup Nak Ke Dapur

Pasangan selebriti Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal melangkah masuk ke alam perkahwinan pada Mac 2019. Ini bermakna lebih kurang tujuh bulan lagi jika ikut perkiraan daripada sekarang.

Selalunya, apa yang dirisaukan oleh seorang wanita sebelum berkahwin adalah persediaan bagaimana untuk menyediakan untuk bakal suaminya itu nanti.

Tetapi bagi aktres kelahiran Singapura Atikah Suhaime, dia tidak bimbang dalam bab itu memandangkan dia pakar dalam soal memasak.

“ Sejak berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon beberapa tahun lalu saya selalu masak di rumah. Saya jarang makan di luar kerana lebih suka memasak sendiri di rumah jika hari cuti. 

“Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa. Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur,” katanya.

Atikah dan Awi bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac tahun hadapan di Singapura.

Atikah juga baru selesai menjalani penggambaran dua buah filem di Indonesia berjudul Anatologi Rasa dan My Stupid Boss 2 yang menggandingkan dirinya bersama Bunga Citra Lestari.

 

SGMS Faida