“Aturan & Waktu Yang Allah Susun Jauh Lebih Baik…” – Patutnya Kongsi Tarikh Lahir Yang Sama, Neelofa Anggap Bilal Hadiah Teristimewa

Usahawan dan juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi bahawa tarikh sebenar kelahiran anak sulungnya, Muhammad Bilal adalah sama dengan tarikh ulangtahun kelahirannya iaitu pada 10 Februari.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi hantaran terkini di instagramnya yang memaparkan salinan foto ultrasound beserta anggaran tarikh kelahiran putera sulungnya itu.

Menurut Neelofa, walaupun tidak berkongsi tarikh yang sama namun, dia tetap bersyukur bahawa setiap apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT.

“Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan & waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.. hadiah teristimewa buatku , menjadikanku seorang ibu.

“Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah swt. Harta dunia akhirat Abah & Ummi,” tulisnya.

Selain itu, suami kepada Neelofa yang juga pendakwah bebas, Muhammad Haris Ismail atau PU Riz menerusi muat naik di instagram miliknya dilihat turut menitipkan ucapan dan doa sempena ulangtahun isterinya itu.

 

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal Muhammad Haris pada 31 Januari 2022.

 

Salma Syahbuddin