Awal Ashaari & Lara Alana Kerap Buat Trend TikTok Bersama, Peminat Komen: “Macam Adik Dengan Abang”

Gelagat pelakon Awal Ashaari bersama anak sulungnya, Lara Alana semakin meraih perhatian dalam kalangan warganet kerana kerap membuat trend TikTok bersama.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Awal telah memuat naik videonya bersama Lara yang sedang membuat trend Money Trees nyanyian Kendrick Lamar ft Jay Rock.

Tenang melayan kerenah anaknya itu, Awal juga sering tampil dengan kapsyen yang mencuit hati kerana si cilik itu sering mengajaknya untuk membuat TikTok bersama.

“Ape pulak ni?,” tulisnya.

@awalashaariApe pulak ni?♬ money trees – 🍪

Melihat kemesraan dua beranak tersebut, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang mengatakan Awal dan Lara kelihatan seperti adik-beradik dek kerana penampilan pelakon itu yang sentiasa kelihatan muda.

Fatin Nurain