[VIDEO] “Pendosa Yang Hanya Berniat” – Hafiz Mahamad Kongsi Pengalaman Buat Ibadah Haji Buat Netizen Sebak!

Pempengaruh dan usahawan terkenal Hafiz Mahamad sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat selepas memuat naik satu video menunaikan haji bersama keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz tampil berkongsi suasana dan proses menunaikan ibadah haji di Mina, Mekkah.

Hafiz juga memberi kata-kata semangat kepada anak muda yang belum memasang niat untuk menunaikan haji.

“Kita muda, saya sama macam awak tak pernah terfikir langsung atau minat tentang haji tapi Insya-Allah, di ending video ni akan tertanam niat awak untuk menunaikan haji.

“Jika awak seorang anak, seorang sahabat saya yang berusia muda, pasanglah niat. Saya yakin Allah maha penyayang mendengar niat awak,” katanya.

Menariknya, Hafiz turut membawa kedua-dua ibu bapa dan ibu bapa mentuanya ke Tanah Suci.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai respons warganet yang rata-ratanya sebak melihat video momen tersebut.

Malah, ada juga yang mendoakan agar dirinya dijemput untuk menunaikan haji suata hari nanti.

“Seronoknyaa tengok. Penat nak nangis, part yang tolak wheelchair tu faham sangat. Dapat tolak abah pergi check up pun dah rasa lain. Apatah lagi kalau dapat merasa macam ni.

“Doakan saya, suami dan 5 orang dapat rasakan momen ini juga dan dapat jejak kaki ke Mekkah secepatnya,” komen netizen.

Nurul Hana