Awal Ashaari Nak Tambah Bini, Apa Komen Scha Al Yahya?

Pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari baru-baru ini telah memuat naik satu video di laman Instagram miliknya.

Menerusi video itu, Awal berkongsi perkembangan terbaru apabila dia sedang menjalani sebuah pengambaran untuk drama terbaru.

Namun, sempat lagi Awal berangan untuk tambah cawangan (berkahwin lagi) di dalam video itu sambil mengusik isterinya, Scha Al-Yahya menerusi kapsyen yang ditulisnya.

“Bini dah tido kot.. selamat la kot post kat IG ni..”tulisnya secara berjenaka.

Lebih kelakar, Scha telah membalas usikan Awal tu dengan nada sindiran di ruangan komen.

“Tambah anak dulu lah Abam sebelum tambah cawangan” balas Scha.

Lantas, video yang dimuat naik Awal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata terhibur melihat gelagat pasangan ini yang sangat kelakar.

Amacam, ada berani ke Awal? He he he

Sumber: Kool FM/ IG Story Awal Ashaari

SGMS Faida