Awal Dan Scha Nak Anak Lagi?

Asyik bercuti je Scha dan Awal ni kan? Baru-baru ini, pasangan stylo Scha dan Awal telahpun pergi ke Dubai atas urusan kerja dan bukan bercuti semata-mata ye.

Namun apa yang  menarik perhatian netizen ialah, caption yang dimuat naik oleh Awal di laman instagram nya seakan-akan memberi petanda bahawa Lara bakal mendapat adik. Betul ke?

Justeru itu, netizen mula berteka-teki tentang status Awal dengan meninggalkan komen menerusi akaun tersebut.
Wah! Apapun, sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Scha, Awal dan juga Lara. Alaaa, Lara pun dah besar, bolehlah jadi kakak lepas ni.
Salma Syahbuddin