Jaga-Jaga Dengan Akaun Palsu Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain berterima kasih kepada netizen yang memaklumkan tentang kewujudan akaun palsu menggunakan namanya, baru-baru ini.

Dalam masa sama penyanyi lelaki terkenal ini meminta agar pengguna media sosial berhati-hati dengan akaun palsu berkenaan.

“ Assalamualaikum dan hello semua. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu.

“Diharap anda dapat membantu melaporkan IG tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut,” tulisnya.

Dalam masa sama, beliau juga berharap peminat dapat bekerjasama membuat laporan agar akaun tersebut ditutup sebelum perkara tidak diingini berlaku.

Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain mewujudkan akaun anuarzainnetwork sebagai akaun rasminya pada September 2016 dan kini memiliki hampir 90,000 pengikut.

SGMS Faida