AWAS! Ini Peringatan Elvina Buat Si Penggoda Suami Orang

Pelakon Elvina Mohamad menafikan mahu mencari populariti dengan memuatnaik status ‘panas’ sebelum memadamkan gambar dengan suaminya, Datuk Haniff Borhan di laman sosial.

Jelas pelakon berusia 24 tahun ini, dia melakukan perkara ini demi menyelamatkan rumah tangganya yang dilaporkan bergolak.

“ Saya terpaksa memberi peringatan kepada wanita di luar sana agar tidak mengganggu rumah tangga orang menerusi instagram milik saya.

“Wanita terbabit sudah tahu Haniff beristeri dan baru saja menimang cahaya mata. Dan saya masih dalam pantang, dia tidak patut bermesej sehingga menimbulkan syak wasangka,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Elvina juga marah dengan kenyataan wanita itu yang melabelnya sedang meroyan berpantang.

“ Itu sangat negatif. Saya masih boleh berfikir secara waras. Mana yang betul dan mana yang salah,” katanya.

Kata Elvina lagi, dia tidak menyalahkan satu pihak saja dan menyifatkan isu yang timbul dalam rumah tangganya itu ibarat kalau tiada angin tak mungkin pokok bergoyang.

” Saya turut menegur Haniff dan memadam gambar bersamanya dilaman sosial saya juga sebahagian daripada amaran saya kepadanya,” katanya.

Elvina turut menasihati wanita di luar sana agar tidak melakukan perkara yang dilakukan agen insuran terbabit.

“Sepatutnya sebagai penjual insuran dia harus profesional, menjaga tata susila dan tidak berkomunikasi dengan pelanggan atau bakal pelanggan sehingga boleh menimbulkan rasa kurang senang pihak lain.

“Anda sudah lihat apa seorang isteri sanggup lakukan demi menyelamatkan rumahtangganya kan. Jadi jangan ganggu rumah tangga orang,” katanya.

Sebelum ini, wanita misteri itu dikatakan bermesej dengan suaminya menggunakan ayat juga emoticon mencurigakan sebelum dan selepas bertemu dengan Haniff dengan tujuan asal mahu menjual polisi insuran.

 

SGMS Faida