Categories: Gaya Hidup

Bulu Bukan Sebarang Bulu, Bulu Bola Tenis Ada Sebabnya. Jom Ketahui Fungsinya!

Selama ini pasti ramai tertanya-tanya, kenapa bola tenis berbulu?

Ternyata, segala benda yang ada muka bumi ini dijadikan bersebab, termasuklah bulu bola tenis.

Kenapa bola tenis direka dengan rupa bentuk sebegitu? Tak boleh ke kalau diperbuat tanpa bulu? 

Sebelum bola tenis dijadikan seperti bentuk dan rupa sekarang, bola tenis hanya menggunakan kain yang digumpal bersama menjadi bentuk bola. Semakin lama, bola tenis dicipta supaya lebih aerodinamik, seperti sekarang ini.

Foto: ESPN.com

Bulu pada bola tenis ini juga dikenali sebagai ‘nap’. Bahagian ini adalah amat penting pada bola tenis kerana ia akan mengubah kelajuan bola tenis dan mengawal putaran bola ketika di udara.

Selain itu, bulu pada bola tenis ini juga mengurangkan impak jika terkena pemain ketika serve. Bayangkan jika bola yang padat terkena pada badan pemain dalam satu kelajuan yang tinggi.

Adoi, sure sakit kan? 

Sumber: Sinar FM

Yanie Baharom