Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Penyanyi Amyra Rosli mengakui mahu tampil menawan dalam memastikan namanya kekal relevan dalam industri lakonan.

Ibu kepada Aqeef Anaqi memberitahu dia perlu penjagaan rapi terutama dalam pengurusan berat badan agar diberikan watak sesuai dengan usianya.

” Kalau boleh saya mahu pegang watak heroin untuk beberapa tempoh lagi. Saya sedar ramai pendatang baru dalam industri lakonan. Ramai yang memiliki pakej menarik.

” Oleh demikian, saya perlu lakukan sesuatu dalam memastikan nama saya masih kekal relevan sebagai heroin,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran JuzFit di Hotel Ibis, Kuala Lumpur.

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

” Saya selalu ditawarkan watak ibu tetapi sesuai dengan usia saya di mana watak anak saya juga masih kecil. Setakat ini belum lagi saya mendapat tawaran menjadi ibu yang anaknya sudah besar panjang.

” Sebab itu saya mementingkan penampilan agar tidaklah nampak berusia. Jangan salah faham, saya tidak takut bawa watak emak atau makcik. Cuma biarlah watak itu nampak sesuai dengan usia,” katanya sambil ketawa.

Dalam perkembangan lain, Amyra Rosli bakal masuk ke set penggambaran drama rantaian popular, Nur 2 bermula awal Januari ini. 

SGMS Faida