#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Malam ini bakal berlangsung konsert separuh akhir program Mentor 7 di mana lima protege bakal berentap.

Salah seorang protégé yang disebut bakal mara ke pentas final adalah Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi.

Pasya ketika ditemui memberitahu dia menyifatkan harapan penonton selama lapan minggu berada dalam program ini sebagai tanggungjawab besar.

“ Mara atau tidak ke konsert final adalah perkara kedua. Saya tidak dapat mengawal pendapat penonton terhadap saya.

“ Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tetapi untuk membuka mata rakyat Malaysia kesungguhan saya untuk serius dalam bidang nyanyian,” katanya.

Protege kepada Aizat Amdan ini memaklumkan sekiranya dia bergelar juara untuk Mentor musim ini, ia adalah bonus.

“ Kalau menang saya anggap ia rezeki tetapi kalau kalah, saya okay. Saya percaya rezeki tidak pernah salah alamat. Sukar nak jangka sama ada saya layak bergelar juara. Yang penting, saya akan buat yang terbaik,” katanya memberitahu mahu membawa lagu Tamil jika diberi kesempatan.

Konsert separuh akhir Mentor 7 bakal bersiaran jam 9 malam ini hanya di TV3 yang bakal menyaksikan Pasya, Azmirul, Zaaim, Lazarul dan Ranisha mengejar tempat di konsert final. 

SGMS Faida