Awie Janggal Pertama Kali Berimej Botak

Penyanyi dan pelakon Awie antara figura terkenal yang jarang memaparkan kisah peribadi di sosial media.

Melainkan hal berkaitan kerja, Awie dilihat sebagai salah seorang selebriti yang cukup merendah diri.

Awie yang baru sahaja menginjak usia 50 tahun baru-baru ini bersyukur kerana diberi peluang menunaikan Umrah, baru-baru ini.

“ Ini merupakan kali pertama saya ke Tanah Suci namun saya tidak mahu memberitahu pemergian saya ke sana kerana tidak mahu dikata riak pula.

“ Niat saya ke sana untuk beribadah. Maklum, selama ini saya sering dikaitkan dengan imej kurang baik.

“Daripada mendatangkan dosa kepada orang lain, lebih baik saya pergi diam-diam. Namun, pengalaman di sana begitu indah,” katanya kepada BH Online.

Tambah Awie, dia turut merasai pengalaman membotakkan kepala buat pertama kali dalam hidup.

“ Agak janggal tetapi saya sudah menyesuaikan diri dengan imej baru. Saya turut berniat untuk membuang segala masalah yang pernah menyebabkan hidup tidak menentu,” katanya.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Awie berkata, dia bakal menerbitkan filem di bawah syarikat produksinya, Awie Entertainment, tahun depan.

“Saya mempunyai pelbagai perancangan untuk dilaksanakan. Jika tiada aral, saya dan abang Mamat Khalid berhasrat untuk bekerjasama menghasilkan filem.

“Insya-Allah, saya juga merancang membawa ahli kelab di bawah naungan Wings untuk menunaikan umrah bersama.

“Semoga semua perancangan itu dapat dilaksanakan nanti,” akhirinya. – BH Online.

Kredit gambar: NSTP

SGMS Faida