Ayda Jebat Bengang Dengan Pereka Fesyen Biadap?

Penyanyi Ayda Jebat bengang dengan tindakan pereka fesyen yang memuatnaik sebuah kenyataan bersifat tidak masuk akal, baru-baru ini.

Kata penyanyi berusia 26 tahun itu, kenyataan berkenaan sama sekali bercanggah dengan perkara sebenar.

“ Saya sudah memaklumkan dan mereka sudah faham strategi saya tentang kredit tidak akan diletakkan di promosi awal single Temberang tetapi diletakkan dalam muat naik selepas itu.

“ Bagi saya apa yang ditulis mereka itu adalah biadap,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam masa sama, Ayda memaklumkan dia juga tidak pernah bertemu dengan pereka fesyen itu.

Baru-baru ini, ada pereka fesyen yang mengatakan bahawa dia tidak meletakkan kredit kepada pakaian rekaan mereka yang digunakannya sebagai gambar poster single terbarunya, Temberang.

Ayda bagaimanapun tidak akan mengambil tindakan untuk menukar gambar poster promosi tersebut.

” Sejujurnya, saya sangat sukakan rekaan pereka fesyen itu. Namun, tak sangka pula begini sikap mereka.

“ Saya akan terus bersikap profesional dan akan terus menggunakan gambar poster sedia ada. Lagi pula, itu semua adalah hasil kerja keras jurugambar, penata gaya dan jurusolek juga,” katanya.- Harian Metro.

 

SGMS Faida