Categories: Gaya Hidup

50 Hari Public Holiday Tahun 2019, Malaysia Ranking No.1 Paling Banyak Cuti Di Asia Tenggara

Lagi berapa hari saja lagi, kita semua akan melangkah ke tahun baharu iaitu 2019. Rasa sekejap sahaja masa berlalu kan? 

Setiap kali nak masuk tahun baharu, pastinya kita akan lihat cuti-cuti umum pada tahun baharu tersebut kan? Yela, awal-awal tahun boleh terus rancang nak bercuti berpandukan cuti umum tersebut.

Baru-baru ini, portal Inquirer telah melaporkan bahawa, Malaysia telah tersenarai dalam negara teratas yang mempunyai cuti umum paling banyak untuk tahun 2019 iaitu sebanyak 50 hari. Wah, memang banyak betul!

Dalam laporan tersebut, negara Kemboja menduduki tempat kedua iaitu sebanyak 31 hari cuti umum diikuti Thailand di tempat ketiga iaitu sebanyak 26 hari. Manakala Myanmar pula sebanyak 25 hari dan Filipina sebanyak 21 hari.

Foto: Inquirer

Manakala negara jiran, Indonesia berada di tempat keenam iaitu sebanyak 20 hari, diikuti Brunei 19 hari, Singapura 14, Laos hanya 12 hari dan Vietnam pula sebanyak 11 hari cuti sahaja.

Untunglah rakyat Malaysia kan? 

Sumber: Inquirer

tex_admin