Ayda Jebat Diberi Pujian Lakon Watak Bisu!

Siapa sahaja yang menonton Cerekarama berjudul Aku Nazmi pada Sabtu lalu, mesti ramai yang akan memuji lakonan mantap Ayda Jebat dan pelakon lain seperti  Sheila Rusly, Jay Iswazir, Dayana Roza dan ramai lagi. 

Siapa sangka, Ayda Jebat berjaya melakonkan watak sebagai Ilya iaitu perempuan bisu dan pekak dengan sangat baik. Bagi penonton mahupun pelakon yang lebih senior, melakonkan watak sebagai seorang yang bisu tanpa apa-apa dialog sekaligus dapat membuat penonton merasai sendiri lakonan beliau adalah sesuatu yang sangat dibanggakan.

Dan, atas sebab itulah ramai penonton dan peminat beliau memuji lakonan pelakon dan penyanyi kesayangan mereka ini dengan meninggalkan beberapa komen dilaman twitter mereka dan Ayda sendiri.

Bagi Ayda, bukanlah mudah untuk membawakan watak bisu dan pekak, lebih-lebih lagi kena belajar dan menghafal silent language

“Watak gadis bisu dan pekak ini sangat susah sebab kena belajar bahas isyarat. Sepanjang tempoh itu, boleh dikatakan hampir setiap hari saya menangis. Apa yang membuatkan ia susah kerana pada masa sama perlu ada reaksi muka. Kalau setakat isyarat tangan ia boleh dihafal.” Jelasnya

Wah, Tahniah sekali lagi buat Ayda Jebat!

Ini kerana, lakonan mantap Ilya dalam drama tersebut mampu membuatkan penonton mengalirkan air mata . 

Salma Syahbuddin