Tembam Dan Bertudung Bukan Halangan Jadi Ratu Cantik England!

Bertudung dan tembam, bukan alasan wanita ini menyertai Pertandingan Ratu Cantik England!

Wanita berusia 20 tahun ini memenangi tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Birmingham, baru baru ini.

Walupun kurang yakin dengan bentuk fizikal berisi dan berhijab, Maria Mahmood nekad menghantar penyertaan selepas dimaklumkan pihak penganjur bahawa peringkat tersebut tiada pusingan memakai pakaian renang dan halangan saiz badan.

Pekerja sosial itu memberitahu, dia ingin mencabar stereotaip negatif yang dihadapi oleh masyarakat Islam, mewakili kepelbagaian dan budaya di England.

Sekiranya Maria berjaya melepasi pusingan separuh akhir yang akan diadakan di Newark, Nottinghamshire pada bulan Julai nanti, dia akan menjadi wanita berhijab pertama yang menyertai pertandingan tersebut.

Pada tahun 2005, Hammasa Kohistani menjadi wanita Muslim pertama meraih gelaran Miss England selepas memenangi pertandingan ratu cantik itu.

– Agensi

SGMS Faida