Categories: Trending

Bengang Punya Pasal, Isteri Gantung Suami!

Hah, kan dah mendapat! Akibat curang punya pasal, seorang suami dipukul menggunakan tukul besi selepas rahsia lelaki yang menjalinkan hubungan sulit terbongkar!

Akibat cemburu, si isteri bertindak mencederakan suaminya sendiri sebelum menggantung mayat mangsa di siling rumah.

Wanita, 26, itu bertengkar dengan suaminya, Fendik Tri Oktasari, 27, di rumah mereka di Sawah Gede, Kedurus, Karangpilang, Surabaya pada malam Jumaat lalu selepas rahsia lelaki itu menjalinkan hubungan sulit terbongkar.

Surya.co.id melaporkan, kerana terlalu berang, suspek mengambil tukul besi lalu memukul kepala suaminya.

Dia kemudian memukul kepala suaminya buat kali kedua menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri.

Kerana panik, wanita itu menggantung suaminya dengan tali di atas siling di ruang tamu rumah mereka dan berlakon seolah-olah mangsa membunuh diri.

Ketika kejadian, dua anak pasangan itu yang masih kecil tidur di dalam bilik dan tidak mendengar pergaduhan berkenaan.

Ketua Polis Karangpilang, Noerjano memberitahu, helah wanita itu terbongkar selepas bedah siasat mendapati ada kesan kecederaan pada kepala mangsa.

“Kepala mangsa tidak berdarah ketika dipukul dengan tukul besi, tetapi bedah siasat mendapati tempurung kepalanya pecah dan ada darah beku di dalamnya.

“Mangsa dipercayai mati akibat digantung oleh isterinya itu,” katanya yang dipetik Surya.co.id, semalam.

Katanya, ketika disoal-siasat suspek mengaku dia memukul suaminya kerana berang selepas mendapati lelaki itu menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.

“Ini bukan satu pembunuhan terancang kerana pergaduhan ini berpunca daripada api cemburu,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SGMS Faida