Hiburan By: Padin August 29, 2023 @ 8:10pm

Ayda Jebat Jawab Dakwaan Anak Emas, Jadi Duta Sepanjang Hayat?

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat memberikan respons terhadap pelbagai komen yang diterima di media sosial susulan bertahun-tahun bergelar duta untuk produk sama.

Tidak melihat ia sebagai sindirian negatif, Ayda bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh sesebuah jenama yang memandang hasil usaha keras miliknya.

“Saya ada juga terbaca komen sedemikian, terhibur dengan pelbagai komen yang ditulis. Ada yang tanya saya ni ‘duta sepanjang hayat ke?’ sebab kalau cakap beberapa jenama, pasti nama saya yang disebut-sebut. Ada juga yang kata saya anak emas mereka dan sebagainya.

“Apa yang boleh dikongsi, saya bersyukur atas rahmat rezeki yang diterima. Saya pun bakal bergelar ibu kepada dua cahaya mata, insya-Allah. Kiranya saya tumpang tuah baik suami dan anak jugalah… Alhamdulillah.

“Cuma senang untuk saya tekankan, ada sesebuah jenama itu mengeluarkan beberapa produk yang berbeza pengguna dan sasaran pembelinya. Jadi akan ada beberapa selebriti lain yang turut diangkat sebagai wajah wakilan. Tidak semestinya satu produk, seorang duta,” katanya lagi.

Bergelar duta Aurawhite untuk tahun kesembilan, Ayda meluahkan rasa syukur dan terharu.

“Saya bersyukur jenama ini terus percaya dengan kredibiliti serta komitmennya untuk menjadi wajah wakilan produk itu untuk tahun kesembilan.

“Sejak zaman solo sehinggalah saya hamil anak kedua sekarang, hubungan bersama mereka berjalan dengan sangat baik.

“Saya percaya, kerjasama ini bukanlah soal habuan semata-mata, sebaliknya ia lebih bermakna. Datin Furyna Azmeer dan Datuk Saiful Safwan sudah saya anggap mereka sebagai antara individu yang menjadi penggerak kepada kerjaya seni saya.

“Insya-Allah saya akan terus menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin, seperti tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Ayda ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu, Aurawhite Dazzle Glopeptide di Hotel Parkroyal Collection, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Produk yang dilancarkan ialah minuman kolagen dengan inovasi formulasi terkini dan premium memberi sokongan penuh untuk kecantikan dalaman dan luaran dengan membekalkan nutrien penting dengan rasa laici beri serta diiktiraf Halal oleh Jakim dan diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Jovane彭嘉伊「大热摘冠」荣升新一代女神

大马年度选美盛事《国际华裔小姐2018》决赛昨晚于吉隆坡MITEC(马来西亚国际贸易与展览中心)圆满落幕;Jovane彭嘉伊大热摘冠,面面俱到为新一届的全方位女神!

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Hiburan Tue, 15 Jan 2019

抢不到「大吉」玩偶和周边商品?担心什么~用这方法就好啦!

抢不到「大吉」玩偶和精美的周边商品?担心什么~用着方法就好啦!

Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Akaun IG Johan As’ari ‘Hilang’

Siapa punya kerja lah godam akaun IG Johan ni?

Hiburan Wed, 17 Jan 2024

“Roti Pun Ada Tarikh Luput” – Ikhwan Minta DJ Radio Reda Kontrak Ditamatkan

“Saya rasa setiap stesen radio ada politik, semuanya tak sama. Mana-mana pun ada politik bukan dalam industri ini sahaja.” – Ikhwan