Ayda Jebat Keluar Single Lagi?

Sempena sambutan kelahiran penyanyi kecil molek ini pada 17 Mac lalu, Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut melancarkan single terbarunya berjudul Bagai Pelangi. Tarikh pelancaran single tersebut dipilih bukan sahaja kerana tarikh tersebut adalah tarikh kelahirannya tetapi, lagu balada berkenaan disifatkan terlalu istimewa kerana ianya ditujukan kepada penyokong kuat kerjaya seni beliau.

“Bagi Pelangi kini boleh didapati disemua platform digital dan saya tujukan khas lagu ini buat semua peminat tersayang. terutamanya AJS. Harap peminat semua suka dan terhibur dengan lagu baharu ini. Jangan lupa juga untuk berkongsi pandangan anda denagn saya selepas memuat turun dan mendengar Bagai Pelangi.” Katanya

Pelancaran single terbaru Ayda Jebat itu turut dimaklumkan menerusi laman instagram beliau. Menurutnya, karya tersebut sangat istimewa kerana ia adalah hasil ciptaan beliau sendiri bersama Norzaidi Abdul Rahman dan Rafik Kamaruddin. 

“Penonton Pinjamkan Hatiku mesti kenal sebuah lagu yang saya nyanyikan dengan iringan gitar dalam filem lakonan saya itu. Ia digubah semula dengan emosi dan mood yang lebih fresh. Naskhah inimenjadi luahan hati saya buat peminat dan insan yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya muzik serta lakonan saya selama ini.” Jelasnya. 

Tambah Ayda lagi, penggambaran muzik video bagi lagu tersebut juga sudah pun dilakukan iaitu ketika beliau berkunjung ke Jepun baru-baru ini,

Video muzik Bagai Pelangi ini telahpun mencecah 103,774 juta tontonan dilaman Youtube sejak ianya dilancarkan pada 17 Mac lalu.

 

Salma Syahbuddin