Categories: HiburanSelebriti

Nama Tak Tercalon, Apa Komen Ayda Jebat?

Meskipun nama ‘tercicir’ dalam senarai Top 5!Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32), penyanyi Ayda Jebat masih positif dan tidak berkecil hati.

Menganggap bukan  rezekinya tahun ini, Ayda berkata, dia akan tetap memberikan sepenuh sokongan terhadap acara gilang-gemilang itu serta mana-mana majlis penganugerahan.

“Ini semua adat pertandingan. Saya anggap tiada rezeki dan akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran ABPBH32.

“Lagipun, prinsip saya bukan mahu kejar trofi tetapi ,mendapatkan karya berkualiti bagi menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakon. Itu lebih penting,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Ayda, sebagai anak seni anugerah bukanlah ukuran untuk terus kekal dalam industri hiburan tanah air.

“Ia bergantung kepada bagaimana seseorang itu merencana perjalanan kerjayanya.

“Anugerah bukan tiket untuk berada dalam bidang ini selama-lamanya. Saya pernah menang anugerah tetapi masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah terbaik serta lagu mesra telinga bagi menambat hati peminat.

“Apapun, tahniah diucapkan kepada semua selebriti yang tercalon dalam Top 5 ABPBH32,” katanya.

ABPBH 32 akan dipancarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.

SGMS Fas