Ayie Floor 88 Rebah Ketika Buat Persembahan?

Kumpulan Floor 88 yang popular menerusi lagu Hutang, memohon maaf kepada semua peminatnya apabila vokalis kumpulan itu, Ayie Elham rebah secara tiba-tiba ketika membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri FM malam tadi.

Video beserta permohonan maaf itu dimuat naik oleh kumpulan tersebut menerusi akaun instagram mereka pada Selasa.

Ayie rebah secara tiba-tiba ketika sedang menyanyikan lagu Aqilah di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan bersempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Dan, difahamkan punca penyanyi itu rebah adalah disebabkan keadaan beliau yang kurang sihat.
Apapun, Xtra doakan semoga @ayieelhamf88 berada dalam keadaan yang baik.
Salma Syahbuddin