Categories: Hiburan

Azam Baru? Hanya mahukan ciuman Bieber!

Nampaknya drama percintaan Selena Gomez dan Justin Bieber seperti tak ada kesudahan…

Baru-baru ini ibu penyanyi popular itu dikejarkan ke hospital selepas mengetahui anaknya kembali berpacaran dengan penyanyi lelaki yang meningkat naik menerusi lagu ‘Baby’ itu. Namun ia tak menghalang Gomez untuk terus mencintai Bieber malah wanita itu mahukan ciuman romantik sempena tahun 2018. Wah, kelas wak!

“Selepas menghadapi tahun yang mencabar pada 2017 termasuk ‘drama’ keluarga ketika Hari Natal, dia amat teruja menghabiskan masa bersama bekas teman lelakinya itu sempena tahun baharu,” ujar satu sumber kepada portal hiburan tersebut.

Bagaimanapun, tiada kesahihan di mana Gomez dan Bieber menghabiskan masa bersama bersempena kedatangan tahun baharu.

“Apabila masuk saat pertama tahun 2018, Gomez hanya mahukan satu iaitu ciuman dan dipeluk Bieber tidak kira di mana mereka menyambut tahun baharu bersama,” kata sumber itu lagi.

SGMS Putri