Aznil Nawawi ‘Throwback’ Zaman 90-an, Peminat Terhibur

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Pak Nil mencuri perhatian warganet selepas mengimbas kembali zaman 90-an ketika melancarkan album pertamanya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Pak Nil memuat naik kembali persembahan nyanyian ketika mempromosikan album pertama di pentas rancangan carta mingguan terbitan TV3, Muzik-Muzik.

“Video ni masa promosi album pertama Paknil dengan Pony Canyon 30 tahun lalu! Pertama kali artis Malaysia nyanyi pakai baju tidur dan kaki ayam atas pentas,” tulis Pak Nil.

@datukaznilnawawiVideo ni masa promosi album pertama Paknil dengan Pony Canyon 30 tahun lalu! Pertama kali artis malaysia nyanyi pakai baju tidur n kaki ayam atas pentas…🤣

♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Di ruangan komen, rata-rata warga maya memuji Pak Nil yang serba boleh dalam semua faktor malah ada yang berpendapat pengacara ini mempunyai rupa yang menawan semasa muda.

“Hensem Pak Nil pada zaman dulu. Rasanyalah Pak Nil boleh buat style ini lah Pak Nil. Dah macam artis BTS Jimin.

“Pak Nil hebat! Serba boleh. Saya kenal Pak Nil sebagai pengacara je, rupanya serba serbi boleh,” ujar netizen.

Nurul Hana