Azrinaz Mazhar Hakim ‘Belanja’ Gambar Baby Bump

Dalam usia kandungan yang telahpun mencecah 7 bulan, Azrinaz Mazhar Hakim akhirnya tayang baby bump beliau selepas diasak soalan oleh rakan media dan netizen yang menegur perutnya yang kecil. 

Azrinaz memuat naik gambar beliau sambil memegang perut menerusi akaun instagram miliknya.

“Ramai sangat yang tanya mana sorok perut? Perut simpan mana? kenapa tak nampak? Nah, kali ni sis belanja gambar perut. Kasi semua puas hati…” Tulisnya.
Muat naik itu sekaligus menerima respon yang positif dari peminat dan followers beliau yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada beliau dan suami.
Wah, seri ibu mengandung cantik sangat kan?
Salma Syahbuddin