Categories: HiburanSelebriti

AZWAN KOMBOS PILIH HARUM DALIA

Setelah menyambut kelahiran anak sulungnya pada 6 Disember yang lalu, Azwan sekali lagi berkongsi berita gembira kepada peminat dan pengikut instagramnya dengan memberitahu nama anak perempuannya itu sebagai Harum Dalia.

Bagi pasangan Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah, apa pun nama yang akan diberikan kepada bayi sulung mereka itu sudah semestinya mempunyai maksud yang baik-baik.

Bagaimanapun, gambar pertama Harum Dalia yang dimuat naik oleh Azwan telahpun dipadam semula setelah dimuat naik beberapa jam atas nasihat keluarga.

“saya terpaksa padam gambar bayi atas nasihat keluarga dan hanya siarkan sijil kelahiran sahaja. Sebenarnya, saya teruja dan tak sabar nak kongsi  kebahagiaan ini”.

Azwan Kombos bersama puteri sulung mereka, Harum Dalia

Ramai followers Azwan memberikan komen bahawa nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka ini agak unik. 

Salma Syahbuddin