Categories: HiburanSelebriti

Bagaikan Jatuh Di Timpa Tangga Untuk Kamal Adli

Perkara yang menimpa Kamal Adli sejak kebelakangan ini bertimpa-timpa.  Bermula dari kontroversinya melibatkan Zahirah MacWilson dan akhirnya kembali menjadi kawan kepada Emma Maembong, kehidupan Kamal turut terpalit dengan masalah lain.

Menurut pelakon lelaki ini, minggu lalu dia terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kereta yang dinaikinya remuk di bahagian depan gara-gara mengelak daripada terkena tayar lori.

“Alhamdulillah, saya tidak cedera cuma sedikit terkejut susulan kejadian yang berlaku. Kejadian itu berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak tayar sebuah treler yang lengkap dengan rim tiba-tiba jatuh bergolek di tengah-tengah jalan”

“Jadi, bahagian hadapan kereta saya rosak teruk kerana hentaman yang kuat. Pada malam itu juga saya terus membuat laporan polis dan difahamkan selain saya ada juga beberapa buah kenderaan lain yang mengalami kes serupa.

SGMS Enal